Sunday, March 13, 2011

Blog bersawang

Anak-anak dah sibuk ke sekolah, kita pun mula sibuk mengemas dan menjaga rumah. Blog yang berlapuk ni pun tak sudah-sudah bersawang. Bila maid dah tak ada ni, nak duduk depan komputer pun tak ada masa. Tak menang tangan jadinya. Niat hati memang nak update blog dan menjeguk blog rakan-rakan lain. Tapi jadi angan-angan sahaja.

Thursday, February 18, 2010

Kepompong dan rama-rama

Agaknya seperti rama-rama Chrysalis ini yang baru keluar dari kepompongnya, begitulah blog sambal belacan ni yang lama terperam baru nak menghirup nafas baru. Rama-rama ini baru sahaja keluar dari kepompongnya dan terus bertenggek ditepi grill pintu belakang.

Sebelum tu anak-anak asyik sekali memerhatikan dari hari ke hari perkembangan ulat beluncas berubah kepada pupa dan seterustnya kepompong sehingga menjadi rama-rama yang berwarna warni itu. Indah sungguh kejadian Allah S.W.T.

Mee hoon sup puspawangi


Mee hoon sup merupakan makanan kegemaran abah dan juga seisi keluarga. Kadang-kadang tu dari tengahari sampai malam menunya mee hoon sup. Kadang-kadang tu lagi, tiap-tiap hari menu yang sama. Tapi entah mengapa tak pula boring.

resipinya meehoon sup puspawangi:

Bahan-bahan:

  1. Daging lembu batang pinang yang halus mulus (200gm)
  2. Udang (5-6 ekor)
  3. sotong (2-3 ekor)
  4. bawang merah (6 biji)
  5. bawang putih (7 ulas termasuk 1 utk ketuk)
  6. meehoon 1/2 bungkus
  7. sos tiram (4 sudu besar)
  8. garam (agak)
  9. gula (satu sudu kecil)
  10. daun bawang dan bawang goreng (utk hiasan aje)
  11. sawi
  12. minyak masak 3 sudu
  13. Air 5 cawan
  14. dah le...
Persediaan bahan:

  1. Daging dihiris nipis-nipis
  2. udang dibuang kulitt
  3. sotong dihiris bentuk x-men
  4. sawi disiang
  5. bawang dan bawang putih dikisar
  6. seulas bawang putih diketuk untuk menumis

Cara memasak:

  1. panaskan minyak dikuali
  2. masukkan sotong dan udang, goreng hingga setengah masak dan angkat ke tepi
  3. baki minyak dimasukkan bawang putih yang diketuk
  4. goreng hingga kekuningan dan masukkan bahan kisar
  5. goreng hingga agak-agak garing (tapi jgn garing sangat)
  6. masukkan daging hingga mati air
  7. masukkan air
  8. masukkan sos tiram, garam, gula dan serbuk perasa
  9. bila mendidih masukkan meehoon
  10. bila mee dah lembut masukkan sawi, udang dan sotong
  11. angkat hias dengan daun bawang dan bawang goreng
P/s: kalau mahu kuah pekat masukkan satu sudu besar tepung jagung yang dicampur dengan 1/2 cawan air dan dimasukkan semasa kuah sedang mendidih (step 9)

Selamat mencuba. Kalau tak jadi sila datang sendiri berguru :)

Sunday, February 15, 2009

Laksa Johor

Inilah Laksa Johor resipi Kak Puspa - ulam tu tak cukup sebab masa saya pergi kedai amoi tu tak masukkan tauge dalam beg.

isi ikan kembong yang telah direbus. tulangnya dibuang ye.



Kali ini saya ingin berkongsi resipi kegemaran sekeluarga. Namanya Laksa Johor Ngam soi. Jika rasa ingin mencuba, saya kongsikan resepi dibawah. silalah cuba dan bagitau sedap tak. Selamat mencuba.

Resipinya.

  • ikang kembong direbus - 1 kg (boleh diganti dengan ikan tenggiri campur sedikitisi udang - ni lagi sedap tau, cuma modal lebih sikit la)
  • Bawang merah kecil - (dalam 10 biji)
  • Bawang putih (dalam 7 ulas)
  • halia tidak lebih 2 inci
  • lengkuas 3-4 hiris
  • Cili giling 1 sudu besar
  • rempah kari 1 sudu besar
  • kerisik 4 sudu besar boleh la
  • ketumbar 1 sudu besar
  • jintan manis - 1/2 sudu besar
  • buah pelaga 4 biji, bunga lawang 4 biji, cengkih 4 biji dan sedikit kayu manis untuk menumis
  • santan 1 biji kelapa
  • asam keping 4 keping besar
  • bunga kantan 2 batang
  • daun kesom (secukup rasa)
  • ulaman seperti tauge, kacang panjang, timun, daun pudina, daun kesom, limau kasturi, bawang merah dll.
  • sambal belacan untuk menaikkan selera
  • minyak masak untuk menumis
  • air 5 cawan (ikut kepekatan)
  • garam dan gula secukup rasa
  • mentega 2 sudu
  • spaghetti

Cara memasak:

  1. Ketumbar dan jintan digoreng tanpa minyak dan dikisar halus
  2. bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas dikisar halus
  3. Isi ikan dikisar
  4. rempah kari dicampur sedikit air untuk dijadikan pes
  5. panaskan minyak untuk menumis dan masukkan bunga lawang, cengkih, buah pelaga dan kayu manis.
  6. masukkan no. 2, pes kari dan lada cili giling tadi dan tumis sehingga pecah minyak (dlm 5 min.) dan naik bau
  7. masukkan hirisan bunga kantan dan daun kesom sedikit (baki dijadikan ulam daaa)
  8. masukkan isi ikan dan asam keping
  9. masukkan air, kacau biar mendidih
  10. masukkan santan, kerisik, ketumbar dan jintan yang telah dikisar tadi
  11. masukkan garam dan gula (rasa lah dulu)
  12. Spagheti pula direbus dengan air dan sedikit garam. dan selepas ditoskan gaul dengan mentega 2 sudu besar supaya tidak melekit dan melekat.
  13. buat sambal belacan ikut rasa masing-masing
  14. sediakan ulam-ulaman
Laksa Johor sepatutnya sudah boleh dimakan. Kalau tak jadi tu, jangan salahkan saya tau. Suami dan anak-anak suka sangat-sangat makan Laksa Johor.





Ini hanyalah gambar hiasan sahaja. Lokan ini dibeli kat pasar tani dan dimasakkan dengan serai dan santan.

Monday, February 2, 2009

Award pertama



Dalam blog ni diam-diam pun ada juga orang yang sudi menghadiahkan award kat kita. Terimakasih Tie. Kawan dari kejauhan. Inilah pertama kali dapat award disini. Cantik pula tu. terharu. Saya simpan dan jaga award itu. Lihatlah dunia...

lama betul saya tak menulis dalam blog. cuma sempat baca blog orang lain aja. cerita memang banyak untuk dikongsi. lebih-lebih lagi dalam bulan ni, bahu kanan saya semacam terkehel secara tiba-tiba. Sekarang ni tengah buat rawatan. Alhamdulillah sudah kurang sakitnya.

Tuesday, December 30, 2008

Petua Sihatkan Mata


Kalau kita bangun pagi, pas tu terus gi tengok benda-benda hijau, dan kalau dapat ambil embun yang lekat kat hujung-hujung daun tu dan sapu kat mata sambil selawat tiga kali...haa, orang tua-tua kata dapat mengekalkan ketajaman mata kita, maksudnya biar jangan rabun cepat gitu. Tapi sesapa yang dok kat bandar ni susah sikit nak cari embun yang bersih kot...banyak sangat pencemarannya, takut karang lagi cepat rabun hehehe. Haaa...gambor-gambor ni Kak Puspawangi ambik depan rumah akak je, hasil usaha titik peluh keringat husben Kak Puspa yang amat minat dengan berkebun. Dia memang omputeh cakap 'Green Finger' lah...apa tanam semua jadi. Tu pokok yang daun merah macam pokok maple tu antara koleksi pokok yang dia baru tanam...ingat nak nampak macam japenese garden lah konon...so, selain dapat exercise menyihatkan badan, aktiviti berkebun ni juga dapat menghijaukan laman dan menajamkan mata....majulah sukan untuk negara...

Friday, December 26, 2008

bubur lambok campur lokan

Ni Kak Puspawangi nak tanya....
Pernah tak makan sejenis kerang-kerangan ni...namanya LOKAN. orang tengganu panggil lokang..bukan longkang tau. Isinya kenyal-kenyal. Anak Puspawangi cakap, macam kunyah chewing gum perasa lumpur, hehehe. Kalau campurkan dalam bubur lambok ni puhh, best betul. Lokan ni didapati kat dalam lumpur celah pokok nipah, di tepi sungai kat kampung saya. Musim tengkujuh je banyak bendaalah ni. Ada juga yang jualnya di tepi jalan sepanjang pantai Kelulut ke Pulau Kerengga (kat Terengganu). Selain lokan ni, bubur lambok ni dicampur juga dengan isi ikan dan pelbagai jenis dedaunan seperti pucuk kaduk, pucuk manis, pucuk bebuas, pucuk lemiding (atau ada yang panggil pucuk paku merah), daun tenggek burung dan lada hitam. Tidak lupa juga santan kelapa. Alamak, rasa terliur pulak..