Sunday, February 15, 2009

Laksa Johor

Inilah Laksa Johor resipi Kak Puspa - ulam tu tak cukup sebab masa saya pergi kedai amoi tu tak masukkan tauge dalam beg.

isi ikan kembong yang telah direbus. tulangnya dibuang ye.



Kali ini saya ingin berkongsi resipi kegemaran sekeluarga. Namanya Laksa Johor Ngam soi. Jika rasa ingin mencuba, saya kongsikan resepi dibawah. silalah cuba dan bagitau sedap tak. Selamat mencuba.

Resipinya.

  • ikang kembong direbus - 1 kg (boleh diganti dengan ikan tenggiri campur sedikitisi udang - ni lagi sedap tau, cuma modal lebih sikit la)
  • Bawang merah kecil - (dalam 10 biji)
  • Bawang putih (dalam 7 ulas)
  • halia tidak lebih 2 inci
  • lengkuas 3-4 hiris
  • Cili giling 1 sudu besar
  • rempah kari 1 sudu besar
  • kerisik 4 sudu besar boleh la
  • ketumbar 1 sudu besar
  • jintan manis - 1/2 sudu besar
  • buah pelaga 4 biji, bunga lawang 4 biji, cengkih 4 biji dan sedikit kayu manis untuk menumis
  • santan 1 biji kelapa
  • asam keping 4 keping besar
  • bunga kantan 2 batang
  • daun kesom (secukup rasa)
  • ulaman seperti tauge, kacang panjang, timun, daun pudina, daun kesom, limau kasturi, bawang merah dll.
  • sambal belacan untuk menaikkan selera
  • minyak masak untuk menumis
  • air 5 cawan (ikut kepekatan)
  • garam dan gula secukup rasa
  • mentega 2 sudu
  • spaghetti

Cara memasak:

  1. Ketumbar dan jintan digoreng tanpa minyak dan dikisar halus
  2. bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas dikisar halus
  3. Isi ikan dikisar
  4. rempah kari dicampur sedikit air untuk dijadikan pes
  5. panaskan minyak untuk menumis dan masukkan bunga lawang, cengkih, buah pelaga dan kayu manis.
  6. masukkan no. 2, pes kari dan lada cili giling tadi dan tumis sehingga pecah minyak (dlm 5 min.) dan naik bau
  7. masukkan hirisan bunga kantan dan daun kesom sedikit (baki dijadikan ulam daaa)
  8. masukkan isi ikan dan asam keping
  9. masukkan air, kacau biar mendidih
  10. masukkan santan, kerisik, ketumbar dan jintan yang telah dikisar tadi
  11. masukkan garam dan gula (rasa lah dulu)
  12. Spagheti pula direbus dengan air dan sedikit garam. dan selepas ditoskan gaul dengan mentega 2 sudu besar supaya tidak melekit dan melekat.
  13. buat sambal belacan ikut rasa masing-masing
  14. sediakan ulam-ulaman
Laksa Johor sepatutnya sudah boleh dimakan. Kalau tak jadi tu, jangan salahkan saya tau. Suami dan anak-anak suka sangat-sangat makan Laksa Johor.





Ini hanyalah gambar hiasan sahaja. Lokan ini dibeli kat pasar tani dan dimasakkan dengan serai dan santan.

28 comments:

cendawanintim said...

Salam,

wahhhhh, bestnyer laksa..

gitu rupa2nyer laksa johor, tak pernah makan, agak complicated ngan bahan2 yang agak banyak compared ngan laksa teganu...

nanti kalu jadi pi kl hari khamis nih, buleh lah nerai kot!hiks

Tie said...

Ho ho....Tie suka laksa johor....rasanya lebih kurang laksa terengganu (kuah merah). Sedap sangat!!

Zue said...

Berkecur arliur tengok gambar laksa tu

puspawangi said...

cendawanintim,
Kalau jadi datang Kay El bagus lah. Boleh tolong siang ikang utk buat laksa.

Ajak rombongan ramai sikit mari Kay El ni, boleh kita buat BBQ ke..

puspawangi said...

Tie,
memang sama. Tapi laksa Johor lebih ramuannya.

puspawangi said...

Zue,
Jom kita Jalan-Jalan Cari Makan.

mummysyafie said...

mak aii..laparnya

Izzah said...

kak puspa..terliur tengok laksa tu..mcm sedap sgt jer..lokan tu pun nampak mabeless..

nak jemput akak ke blog izzah ambil award..:)

Zue said...

Set. asalkan belanja hahaha

Unknown said...

K Puspa,

shedap2nye lokan tu... macam kepah kan. tapi cengkerangnya lebar sikit yg lokan. ada lokan tu zan tengok panjang sedikit tapi kulitnya hitam.

sedaplah laksa tu... bak mai sepinggan.

Anonymous said...

Salam, mm...salam perkenalan saya tertarik nak tgk blog nie sbb own by org sg. buloh....sbb berjiran.
mmg nampak sedap laksa tu teringin nak cuba. Tapi lagi sedap kalau U all guna Crystal salt dari Himalaya.Garam yg biasa kita guna diibaratkan racun yg akan membunuh secara senyap.Jika amalkan crystal salt utk jangka masa panjang dpt m'hindarkan sakit jantung, darah tinggi,ghout,alzheimer,sakit sendi & mcm2 lagi. surf www.anaedar.com for further detail or call me zalina 012-6941573

Miss Zahidah Zakaria said...

salam
apa patut sy pggil tuan rumah ni?
akak puspa?
hehehe

btw,
terima kaseh kerana sudi singgah ke belog saya =)
salam kenal!

laksa johor Akak nampak hebat!
saya hantu laksa ;P

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ said...

aduh sungguh selera masuk rumah inew
salam kenal dari saya

Unknown said...

k puspa mewangi...

mana niii... harum ajer... kelibatnya tiada.... dah sihat?

Zue said...

Singgah jap...kot ada latest food picture
Tak tau le pasal apa...sekarang ni I suka sangat singgah blog yg citer pasal makan2....heheheh

Tie said...

Eh...tuan rumah pergi mana ek? Dah naik bersawang daa....kihkih..!!

arsaili said...

salam..bila nak invite nih? nak gak dtg KL ahaha....memang sedap laksa johor, with extra sambal belacan tuh....

pusat said...

blender le tulang tu..... tapis air nye..... marvelessssssss

Zue said...

pusat...
tak berserdak ke air tapisan dari blender tulang2 tu

WeBViDeOKLiP said...

aduhhhh
sedap nyerrr

mrs.ajak said...

uitt..bess nyer..tumpang lalu ea..

arsaili said...

salam..happy mother day...may ALLAH bless u

Mother love is the fuel that enables a normal human being to do the impossible. ~Marion C. Garretty

Anonymous said...

Sedap nyer laksa tu.....bile nak masak lagi? Teringin lak rasenye...

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ said...

adui sedapnya......
tengok food pagi2 nih

eiza in the house.. said...

mcm sedap jerk akak..terliur dh nie..hehe

miss ell dita said...

Kenapa setengah orang kuah warna putih???

Anonymous said...

Assalamu`alaikum.

Maaf le sebab tanya. Setau saya yang tak berapa pandai masak ni (mula masak masa umur 7 tahun sebab emak sibuk menoreh) laksa Johor tak guna ikan kembung. Orang Johor biasanya guna ikan parang atau kalau tak ada sangat guna ikan tenggiri.

Lepas tu dimodenkan dengan guna spageti.

Betul ke atau saya salah?

Wassalam.

Anonymous said...

Assalamualaikum puan, terima kasih kerana berkongsi resepi yg sedap ni. saya surfing internet cari resepi laksa johor dan sampai ke blog puan dan terus saya mencuba. Alhamdulillah, semua org yang mkn memuji sedap!!! saya pakai ikan kembong campur tenggiri, lps tu saya tambah sikit udang kering, udang basah dan ikan kurau kering.