Thursday, February 18, 2010

Kepompong dan rama-rama

Agaknya seperti rama-rama Chrysalis ini yang baru keluar dari kepompongnya, begitulah blog sambal belacan ni yang lama terperam baru nak menghirup nafas baru. Rama-rama ini baru sahaja keluar dari kepompongnya dan terus bertenggek ditepi grill pintu belakang.

Sebelum tu anak-anak asyik sekali memerhatikan dari hari ke hari perkembangan ulat beluncas berubah kepada pupa dan seterustnya kepompong sehingga menjadi rama-rama yang berwarna warni itu. Indah sungguh kejadian Allah S.W.T.

Mee hoon sup puspawangi


Mee hoon sup merupakan makanan kegemaran abah dan juga seisi keluarga. Kadang-kadang tu dari tengahari sampai malam menunya mee hoon sup. Kadang-kadang tu lagi, tiap-tiap hari menu yang sama. Tapi entah mengapa tak pula boring.

resipinya meehoon sup puspawangi:

Bahan-bahan:

  1. Daging lembu batang pinang yang halus mulus (200gm)
  2. Udang (5-6 ekor)
  3. sotong (2-3 ekor)
  4. bawang merah (6 biji)
  5. bawang putih (7 ulas termasuk 1 utk ketuk)
  6. meehoon 1/2 bungkus
  7. sos tiram (4 sudu besar)
  8. garam (agak)
  9. gula (satu sudu kecil)
  10. daun bawang dan bawang goreng (utk hiasan aje)
  11. sawi
  12. minyak masak 3 sudu
  13. Air 5 cawan
  14. dah le...
Persediaan bahan:

  1. Daging dihiris nipis-nipis
  2. udang dibuang kulitt
  3. sotong dihiris bentuk x-men
  4. sawi disiang
  5. bawang dan bawang putih dikisar
  6. seulas bawang putih diketuk untuk menumis

Cara memasak:

  1. panaskan minyak dikuali
  2. masukkan sotong dan udang, goreng hingga setengah masak dan angkat ke tepi
  3. baki minyak dimasukkan bawang putih yang diketuk
  4. goreng hingga kekuningan dan masukkan bahan kisar
  5. goreng hingga agak-agak garing (tapi jgn garing sangat)
  6. masukkan daging hingga mati air
  7. masukkan air
  8. masukkan sos tiram, garam, gula dan serbuk perasa
  9. bila mendidih masukkan meehoon
  10. bila mee dah lembut masukkan sawi, udang dan sotong
  11. angkat hias dengan daun bawang dan bawang goreng
P/s: kalau mahu kuah pekat masukkan satu sudu besar tepung jagung yang dicampur dengan 1/2 cawan air dan dimasukkan semasa kuah sedang mendidih (step 9)

Selamat mencuba. Kalau tak jadi sila datang sendiri berguru :)