Thursday, February 18, 2010

Kepompong dan rama-rama

Agaknya seperti rama-rama Chrysalis ini yang baru keluar dari kepompongnya, begitulah blog sambal belacan ni yang lama terperam baru nak menghirup nafas baru. Rama-rama ini baru sahaja keluar dari kepompongnya dan terus bertenggek ditepi grill pintu belakang.

Sebelum tu anak-anak asyik sekali memerhatikan dari hari ke hari perkembangan ulat beluncas berubah kepada pupa dan seterustnya kepompong sehingga menjadi rama-rama yang berwarna warni itu. Indah sungguh kejadian Allah S.W.T.

6 comments:

Tie said...

Salam,

Amboi... setahun baru blogging semula ? ingat pergi mana la... hehe..

Sihat ke ? Keluarga macam mana ?

Rama-rama tu cantik. Tie pun suka pada rama-rama. Sampai kerongsang tudung pun Tie selalu cari patern rama-rama, hehe...

Izzah said...

salam kak puspa...
lama nye akak menghilang...
jgn hilang lama-lama tau..

rama-rama..
cantik..
saya suka lukis gambar rama2..
tapi taklah secantik ciptaan Allah..
tiada bandingan...

puspawangi said...

Salam Tie,

Terima kasih kerana sudi menjenguk rumah saya lagi...dah, sawang2 dan sarang labah2 semua dah dibuang dah...
Hari tu tak sihat, Alhamdulillah, sekarang dah ok.
ohh, Tie pun suka rama-rama...saya juga. Tie ni mesti berjiwa romantis kalu gitu...

puspawangi said...

Salam Izzah,

Hari tu tak sihat, tapi sekarang Alhamdulillah dah ok.

Izzah minat melukis? Tentu berbakat tu kerana sepanjang pengetahuan kak puspa, para guru ni memang hebat2 jika melukis! Bakat terrendam tu...

Tie said...

Salam Puspa...



Saja nak beritahu yang Tie dah start blog baru..... sebab blog sebelum ni ada sedikit gangguan..

Senang-senang singgahlah di blog baru (http://dangarumbia.wordpress.com)

Tak komen pun tak apa.... Tie beritahu ni sebab tak nak puspa tertanya-tanya napa lama tak update nanti (perasanlah pulak!)

Okay....

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ said...

ramarama hinggap. selalu ada kat taman ramarama saja.sungguh shuntek....