Tuesday, December 30, 2008

Petua Sihatkan Mata


Kalau kita bangun pagi, pas tu terus gi tengok benda-benda hijau, dan kalau dapat ambil embun yang lekat kat hujung-hujung daun tu dan sapu kat mata sambil selawat tiga kali...haa, orang tua-tua kata dapat mengekalkan ketajaman mata kita, maksudnya biar jangan rabun cepat gitu. Tapi sesapa yang dok kat bandar ni susah sikit nak cari embun yang bersih kot...banyak sangat pencemarannya, takut karang lagi cepat rabun hehehe. Haaa...gambor-gambor ni Kak Puspawangi ambik depan rumah akak je, hasil usaha titik peluh keringat husben Kak Puspa yang amat minat dengan berkebun. Dia memang omputeh cakap 'Green Finger' lah...apa tanam semua jadi. Tu pokok yang daun merah macam pokok maple tu antara koleksi pokok yang dia baru tanam...ingat nak nampak macam japenese garden lah konon...so, selain dapat exercise menyihatkan badan, aktiviti berkebun ni juga dapat menghijaukan laman dan menajamkan mata....majulah sukan untuk negara...

Friday, December 26, 2008

bubur lambok campur lokan

Ni Kak Puspawangi nak tanya....
Pernah tak makan sejenis kerang-kerangan ni...namanya LOKAN. orang tengganu panggil lokang..bukan longkang tau. Isinya kenyal-kenyal. Anak Puspawangi cakap, macam kunyah chewing gum perasa lumpur, hehehe. Kalau campurkan dalam bubur lambok ni puhh, best betul. Lokan ni didapati kat dalam lumpur celah pokok nipah, di tepi sungai kat kampung saya. Musim tengkujuh je banyak bendaalah ni. Ada juga yang jualnya di tepi jalan sepanjang pantai Kelulut ke Pulau Kerengga (kat Terengganu). Selain lokan ni, bubur lambok ni dicampur juga dengan isi ikan dan pelbagai jenis dedaunan seperti pucuk kaduk, pucuk manis, pucuk bebuas, pucuk lemiding (atau ada yang panggil pucuk paku merah), daun tenggek burung dan lada hitam. Tidak lupa juga santan kelapa. Alamak, rasa terliur pulak..

Wednesday, December 24, 2008

lawatan sambil belajar KLCC




Haaaa...baru ada can nak berblog. Anak asyik dok nak menempel aja..Uwakk, uwakkk.. Sempena lawatan keluarga dari Johor ke KL, Puspa mengambil kesempatan melawat KL. Macam tak pernah pergi KL jek, tapi sebab orang jauh datang, kita pun tumpang sekaki juga. Lagipun bukan selalu dapat bersama keluarga dari kampung. Kami dapat peluang melalui Skybridge yang merentangi dua Menara Berkembar Petronas tu...walaupun hanya dibenarkan untuk lepak kat atas tu 10 minit je tapi wow, senario dan panoramanya sungguh memukau. Puspa cadang sesape yang berkesempatan pergilah kat Skybridge tu...memang berbaloi beratur panjang nak dapat tiket naik skybride tu.

Thursday, December 18, 2008

Ada-ada aja.

Baru aja nak start tulis blog, terus sakit kepala. Ada-ada aja.