Sunday, February 15, 2009

Laksa Johor

Inilah Laksa Johor resipi Kak Puspa - ulam tu tak cukup sebab masa saya pergi kedai amoi tu tak masukkan tauge dalam beg.

isi ikan kembong yang telah direbus. tulangnya dibuang ye.



Kali ini saya ingin berkongsi resipi kegemaran sekeluarga. Namanya Laksa Johor Ngam soi. Jika rasa ingin mencuba, saya kongsikan resepi dibawah. silalah cuba dan bagitau sedap tak. Selamat mencuba.

Resipinya.

  • ikang kembong direbus - 1 kg (boleh diganti dengan ikan tenggiri campur sedikitisi udang - ni lagi sedap tau, cuma modal lebih sikit la)
  • Bawang merah kecil - (dalam 10 biji)
  • Bawang putih (dalam 7 ulas)
  • halia tidak lebih 2 inci
  • lengkuas 3-4 hiris
  • Cili giling 1 sudu besar
  • rempah kari 1 sudu besar
  • kerisik 4 sudu besar boleh la
  • ketumbar 1 sudu besar
  • jintan manis - 1/2 sudu besar
  • buah pelaga 4 biji, bunga lawang 4 biji, cengkih 4 biji dan sedikit kayu manis untuk menumis
  • santan 1 biji kelapa
  • asam keping 4 keping besar
  • bunga kantan 2 batang
  • daun kesom (secukup rasa)
  • ulaman seperti tauge, kacang panjang, timun, daun pudina, daun kesom, limau kasturi, bawang merah dll.
  • sambal belacan untuk menaikkan selera
  • minyak masak untuk menumis
  • air 5 cawan (ikut kepekatan)
  • garam dan gula secukup rasa
  • mentega 2 sudu
  • spaghetti

Cara memasak:

  1. Ketumbar dan jintan digoreng tanpa minyak dan dikisar halus
  2. bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas dikisar halus
  3. Isi ikan dikisar
  4. rempah kari dicampur sedikit air untuk dijadikan pes
  5. panaskan minyak untuk menumis dan masukkan bunga lawang, cengkih, buah pelaga dan kayu manis.
  6. masukkan no. 2, pes kari dan lada cili giling tadi dan tumis sehingga pecah minyak (dlm 5 min.) dan naik bau
  7. masukkan hirisan bunga kantan dan daun kesom sedikit (baki dijadikan ulam daaa)
  8. masukkan isi ikan dan asam keping
  9. masukkan air, kacau biar mendidih
  10. masukkan santan, kerisik, ketumbar dan jintan yang telah dikisar tadi
  11. masukkan garam dan gula (rasa lah dulu)
  12. Spagheti pula direbus dengan air dan sedikit garam. dan selepas ditoskan gaul dengan mentega 2 sudu besar supaya tidak melekit dan melekat.
  13. buat sambal belacan ikut rasa masing-masing
  14. sediakan ulam-ulaman
Laksa Johor sepatutnya sudah boleh dimakan. Kalau tak jadi tu, jangan salahkan saya tau. Suami dan anak-anak suka sangat-sangat makan Laksa Johor.





Ini hanyalah gambar hiasan sahaja. Lokan ini dibeli kat pasar tani dan dimasakkan dengan serai dan santan.

Monday, February 2, 2009

Award pertama



Dalam blog ni diam-diam pun ada juga orang yang sudi menghadiahkan award kat kita. Terimakasih Tie. Kawan dari kejauhan. Inilah pertama kali dapat award disini. Cantik pula tu. terharu. Saya simpan dan jaga award itu. Lihatlah dunia...

lama betul saya tak menulis dalam blog. cuma sempat baca blog orang lain aja. cerita memang banyak untuk dikongsi. lebih-lebih lagi dalam bulan ni, bahu kanan saya semacam terkehel secara tiba-tiba. Sekarang ni tengah buat rawatan. Alhamdulillah sudah kurang sakitnya.